Friday, September 12, 2014

Anda di kalangan yang dipilih oleh ALLAH s.w.t jika anda tahu info ni sebelum Pintu Taubat di tutup oleh Allah!



Salam Jumaat.



Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari kiamat pun berlaku pada hari Jumaat.
Haritu masa berbual- bual dengan Mama, dia cerita pasal hari kiamat.

Jahilnya rasa diri ni sebab ingatkan hari kiamt tu, dunia terus hancur..Allah gulung muka bumi ni..rupanya tak macam tu...rupanya lagi menakutkan daripada tu!
Takpelah at least saya sempat tahu sebelum mati dan terjadinya kiamat.
So pada sesiapa yang tak tahu macam saya..meh nak share cite pasal kiamat .. nak cerita secara 'ringan' sebab saya tak tahu sangat pasal hadis ataupun sains.



Mama sekarang masa dia banyak depan youtube. Segala ceramah dia tengok. Pasal kiamat ni pun, dia dapat info daripada video ustaz kat youtube.

Mama cakap..sebelum berlakunya kiamat.. dunia ni akan jadi gelap selama 3 hari..Masa ni adalah masa 3 hari terkahir taubat kita akan dterima oleh Allah s.w.t..Seluruh dunia bergelap dan selepas 3 hari dunia akan cerah balik dengan keadaan Matahari akan terbit dari Barat..yakni terjadilah kimat yang mana taubat kita tidak akan diterima lagi....Masa ni semua negara atas muka bumi ni sama je waktu siang dan malam.

Dunia berubah 100%, manusia pu n berubah 100%.. tak ada lagi panggilan nama macam kita sekarang..semua manusia memanggil manusia lain dengan panggilan Kafir. Manusia seakan lupa dan terus hanyut kecuali yang sempat bertaubat sebelum terbitnya Matahari dari Barat..tu pun xbanyak dan belum tentu iman kita akan terus utuh pada masa tu sebab Dajjal dah mula menguasai bumi..Dajjal ni kuasa dia tak terbatas..boleh hidupkan orang mati, boleh turunkan hujan, boleh jadikan kemarau kat kampung2 orang yang tak nak ikut dia..dan macam2 lagi lah kuasanya..jadi ramai yang terpengaruh dengan Dajjal walaupun pada permulaan kiamat tu mereka beriman...

Seram dengar..sebab sekarang boleh la kita cakap iman kita kuat..tapi bila ditimpa musibah berat dan Dajjal boleh buat apa sahaja time tu...kuat kah iman kita?takut kan?


Allah..takutnya sy degngar cerita dari Mama..dan rasanya rugi sangat kalau saya tak share pada ramai orang.. Kalau ada kesalahan apa2 dalam cerita ni, tegurlah..sekurang2 nya saya tahu lebih banyak maklumat. Dan kalau ada penambahan pun dipersilakan share di comment ya.

Moga kita tergolong dalam golongan yang beriman sampailah bila2.. dan saya harap saya mati sebelum terjadinya kiamat kerana..kiamat tu sungguh dahsyat!

Mama pesan lagi, kita patut rasa bersyukur jika kita sempat tahu pasal benda ni sebelum terjadinya kiamat dan kita mati.. Sebab sekurang2 nya boleh baut pengajaran dan peringatan kepada kita semua..Saya izinkan artikel ini di share :)

Boleh refer video ni untuk info penuh dari ustaz tanda sebelum kiamat. Insyallah kalau anda tonton video ni bila masa terjadinya kejadian ni kita tahu jawapannya adalah KIAMAT..dan dalam masa 3 hari tu kita sempat lagi bertaubat sebelum matahari terbit dari sebelah barat! .Bersyukurlah kita diberi peluang oleh Allah untuk tahu benda ni lebih awal sebelum terjadinya kiamat...Mana tahu Jumaat minggu depan adalah harinya..Allahuakbar!! Selamat menonton dan beramal~






Wednesday, February 27, 2013

Unplanned Short Vacation at Monkey Beach,Penang

Assalamualaikum readers.

Lama sungguh tak jengah alam yang bernama blog. Since kerja, aktiviti hidup sungguh membosankan. Bangun pagi, pergi kerja, petang balik,malam tidur. Begitulah rutin harian hidup insan yang bernama Syariniey. Hujung minggu pulak selalu balik kelantan ataupun pergi Giant untuk beli barang keperluan. Tapi sejak beberapa minggu lepas, kehidupan dah lari dari normal sikit sebab sakit :( 3 minggu pening kepala menyerang. Alhamdulillah hari ini baru pening dah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah alhamdulillah.

Minggu lepas, bersamaann 24 Feb 2013 sy secara tak sengaja join housemate pergi bercuti kat Monkey Beach. Macam mana boleh tak sengaja? Sebab housemate ajak last minute.Tu pun tak berani nak janji dengan dia sebab saya masih tak sihat kan..Tapi memandangkan kena duduk sorang kat rumah, plus memang teringin gila nak pergi rileks kat pantai, makanya saya join. :)

Dah 8 bulan stay kat Penang tapi sekali pun tak pernah pergi pantai untuk rileks2. Ni kira 1st time pergi dengan kawan2 ciap bawak makanan dan main air (saya tak main)..tengok diorang main sambil jadi jurukamera jer.hehe.

Jom usha gambar2 kat monkey beach. Monkey beach ni sebuah pulau yang kecil dan cantik. Nak pegi sini kena naik bot dalam 15 minit dari Teluk Bahang.


Orang lain semua bawak backpack saya je bawak handbag ala ala nak pergi shopping -,-" Yela mmg dah niat takmau main air makanya tak banyak benda nak bawak.huhu


Sementara menuggu bot sampai kita bergambar dulu :p

Ok bot dah sampai.dah naik atas bot pun.Safety First :)


Nahhhh!! dah sampai pulau super cantik!


Bekalan yand disediakan oleh diorang.saya makan aje.haha


Kat sini banyak pondok kecil dengan meja camni, siap ada tempat bbq lagi.so jangan risau pasal nak bawak tempat bakar2 dan meja, semua pun ada disediakan. Surau pun ada untuk solat dan kalau tak bawak makanan sendiri, ada jugak gerai yang menjual makanan kat sini, tp limited choice :)


Tudiaa... apa la yang Bedah tengah gossip kan. Sampai2 terus telan kek coklat y super sedap!


Sebelum ramai orang datang, kitorang ambik peluang bergambar kat buaian y best ni <3 p="">


Tinggiiii!


Semua orang dah siap2 nak main air, tinggal sorang je la atas buaian :( huhu


Duduk atas buaian tenangkan fikiran sambil snap gambar diorang main air.


anak sapa la tak senonoh nih.hehe


Minum ayaq nyiok kat tepi pantai mmg syiok.


sebiji rm5.woot woot


Yang ditunggu tunggu. Kempuanan nak naik Banana Boat ni tapi kesihatan tak mengizinkan. hanya mampu melihat :'(


Muka2 hepi diorang dapat naik. I ols jelesssss >,<


Tapii..lepas 3 round pusing...semua dah tergolek dalam air.hahaha.


Dah pukul 4. Penat dah semua kecuali saya yang duduk aje tak main air macam diorang. Time to balik sudah! Bergambar kenang-kenangan dulu sebelum balik ye :)





 And, bye bye monkey beach. Till we meet again :)







DO NOT COPY & PASTE THE PHOTOS WITHOUT PERMISSION Copyright of www.life-syariniey.blogspot.com

Tuesday, January 1, 2013

29

Assalamualaikum.

29. Tajuk entry yang pendek tapi isi yang mungkin agak panjang untuk dicoretkan. Tarikh 29 adalah antara tarikh yang paling banyak memberi kenangan manis sepanjang tahun 2012 bg sy :) Lets review it one by one since ini lebih kurang entry untuk 1 tahun! haha

Peristiwa bermakna 29 June 2012

Hari pertama memulakan kerja sebagai seorang engineer di Venture Electronic Sdn.Bhd. Selepas 3 hari menamatkan tittle sebagai student, saya telah memulakan kerja. Tak sempat merasa nikmat cuti panjang kat rumah.Sobsss!


Inilah Company yang saya tengah kerja sekarang. Skrg dah masuk bulan ke 7 saya bekerja di sini..Times fly so fast kan...Dah 7 bulan dah saya menghabiskan zaman belajar rupanya..

Peristiwa bermakna pertama 29 September 2012

Hari ni bermakna sangat2 dalam hidup saya sebab tarikh inilah tarikh keramat bagi seorang student yang memerah otak selama 4 tahun untuk mendapatkan keputusan yang bagus setiap semester..tarikh ini adalah tarikh konvokesyen saya dan macam2 peristiwa yang mengejutkan terjadi pada tarikh 29 september ni :)








akhirnya dapat jugak pakai jubah dan topi konvo after 4 years ;')
Btw im graduated from Unimap in Bachelor of Photonic Engineering :)



2 orang parents yang sangat2 membantu sya selama 4 tahun di UniMAP.
Perbelanjaan yang cukup diorang bagi untuk keselesaan sya study..yuran tak pernah bertangguh tiap2 sem tanpa perlu pinjam PTPTN...sokongan moral dan nasihat yang berguna sebagai panduan setiap masa ,Budi mereka sya takkan lupa selagi sya hidup.Terima kasih ayah dan ibu, inilah hadiah dari pengorbanan kamu berdua untukku :')



Alhamdulillah kejutan pada hari Konvokesyen, Senarai dalam penerima hadiah buku dan kecemerlangan untuk tahun 4 kos Photonic.Alhamdulillah kejutan yang tidak disangka2. Terima kasih Unimap sebab bagi hadiah yang best sangat! hehe


Alhamdulillah ni lah hadiahnya..RM200 voucher buku dari MPH dan pingat kecemerlangan :')


My sweety pun datang dari Perak untuk majlis konvo sya.Terima kasih syg sebab sudi datang jauh2 semata2 nak bagi bunga dan hadiah yang paling best sekali masa konvo ni :')

Suasana semasa konvo bersama rakan-rakan seperjuangan :)




Peristiwa bermakna kedua 29 September 2012


29 september jugak hari anniversary kitorang yang ke 5 tahun! :))
Happy anniversary syg..2013 merupakan tahun ke 6 kita bercinta <3 p="p">Moga tahun ni status kita bakal bertukar la :P haha


Peristiwa bermakna ketiga 29 September 2012


Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak pakai iPhone setelah berkurun lama berhajat!!
Terima kasih encik Faiz sebab bersusah payah pergi Singapore semata2 untuk mendapatkan gajet yang bestttt nih!! Heee :)


Warna putih menjadi pilihan hati ini :)

Sampai di sini sahaja dulu..tutup buku 2012 kita buka buku baru 2013...Moga 2013 memberikan kebaikan dan dipermudahkan dalam segala hal yang kita impikan. Assalamualaikum :)



DO NOT COPY & PASTE THE PHOTOS WITHOUT PERMISSIONCopyright of www.life-syariniey.blogspot.com

Sunday, December 30, 2012

Blogger tidur


Assalamualaikum dan hai kawan2 bloggers.

Lama sangat2 tak berceloteh di blog sendiri dan lama jugak tak jenguk blog korang. Saya sekarang layak digelar  'blogger tidur" . Maafkan saya sejak broadband dah diberhentikan perkhidmatannya, blog ini umpama tidak kewujudan lagi. harap maaf bahasa malaysia pun tunggang terbalik.

Ternyata mengupdate belog menggunakan iPhone tidak berapa nikmat ya. iPhone adalah nikmat dari segi kecanggihan software gambar.Boleh edit macam dalam adobe. See gambar kat bawah. Flawwless nyer kulit. Rahsia ? gunalah application iPhone y tak terkira banyaknya.ngee.



2012 Hampir melabuhkan tirainya...tapi sebab otak lembap sangat rasa nya macam baik berhenti di sini dahulu kerana jika penulisan saya diteruskan disini akan mebuatkan pelbagai ayat mengarut dan tidak berfaedah akan muncul dan mebuatkan ramai pembaca mengklik butang X lalu terus membenci blog yang naif ini.Sob2 :(

Insyallah sya akan aktif berbelog wahai readers, So keep supporting my blog yaa. I will share a lot of things about my life that useful to others through my blog , so dont hate my blog please :')


Do follow me at my instagram profile : instgram/syariniey or search syarinieyamran.
till then,
xoxo :)

DO NOT COPY & PASTE THE PHOTOS WITHOUT PERMISSION Copyright of www.life-syariniey.blogspot.com

Saturday, December 1, 2012

Assalamualaikum

assalamualaikum readers,

Lama gila sya menyepi dari dunia blogging. kehidupan yang sibuk ditambah pula dengan berukband dah innalillah jadi tak berkesempatan nak upload dan berceloteh kat sini hinggalah malam ni, 1 Dec sya telah mendapat hidayah untuk mencari application dalam iphone ni untuk menyenangkan sya update blog. hehehe. so.. after thus mungkin blog ni takkan sepi lagi. nantikan my next update yer 😊😊

Friday, August 31, 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum.

Saya rasa tak layak digelar blogger lagi sebab dah lama gila tak hupdate.
Maafkan saya wahai readers, masa untuk berbelog amat terhad sejak bekerja nih.

Btw, Selamat Hari Merdeka ke 55 yaww :)
Harini cuti jadi ada masa nak update blog.yeaaayy :D

Event ni pada minggu lepas, 
kenduri kahwin adik salah seorang dari pekerja Venture, Kak Siti kat Penaga, Penang.
Memang meriah sangat2 kenduri kahwin kat rumah Kak Siti ni sampai kami pun eksaited nak tunggu pengantin lelaki sampai.muehehe.

Ni pelamin. Cantik. Simple and Nice je kan :)


Ambik berkat sikit :p


Nampak cantik dan sedap.


Makan time.




Senior engineer dengan customer pun join sekali.Memang sporting habis diorang ni.


Engineer Oclaro.hehe


Ni la Kak Siti yang jemput kitorang kat kenduri ni.comeyy loteyy orangyer.hehe :)


Geng-geng Oclaro ( my department at Venture)



Mahu pulang sudah :)


Last but not least,with  my babes a.k.a nyanyah.haha


end :p
sorry tak reti dah nak karang ayat panjang.2 kena warming up dulu untuk kembali aktif berbelog *Tak janji*
haha. Baru perasan takde gambar pengantin. hee
btw,thank you so much Kak Siti sebab invite kitorang :))


DO NOT COPY & PASTE THE PHOTOS WITHOUT PERMISSION Copyright of www.life-syariniey.blogspot.com

Thursday, July 19, 2012

Picnic with my dearest housemates :)

Assalamualaikum

Walaupun dah meninggalkan UniMAP selama hampir sebulan tapi kenangan2 di sana tetap tersemat kukuh di hati dan banyak sangat99 kengangan2 tu tak sempat nak dikongsi kat sini memandangkan final year adalah tahun yang paling sibuk.huhu..

So, hari ni terasa nak update blog pasal picnic bersama housemate tahun 4 saya bulan Jun hari tu.
Benda ni dah lama plan, alhamdulillah menjadi jugak plan kami.hehe

Tempat kitorang picnic kat Bukit Ayer, Perlis.
Makanan ni semua bawak dari rumah :)
Spaghetti ni fafad, atiq ngn sarah yang masak. Sedappppp gilaaa :'D
Saya dan Inaz tukang goreng2 je maklumlah bangun lambat.hahaha

So gerak ke sana lepas zohor naik motor 4 bijik. Merempit sambil bawak tikar dan makanan2 kat atas.haha. Cool kan kitorang naik motor.muehehe :p

Sampai2 je tak sempat nak bergambar pun, terus makan (lapar sesangat) pastu dah kenyang terus terjun je dalam air kat dalam gambar kat bawah ni.heee




Seronok gila main air ngn diorang sampai terjerit tanpa menghiraukan orang lain.haha. Rugi tak bawak bola kalau tak lagi syokk :D

Time mandi ni Fiza takmo mandi so boleh la dia tolong snap kan.ada bayak gambar time mandi tp y ni je senonoh ckit nak letak kat blog.hahaha :p

Kami pergi 8 orang, Atiq hilang sebab jadi photographer.heee
Gambar2 kat bawah ni selepas dah siap mandi, salin baju dan licinkan makan.Dah ready nak balik!!hehe

Meh saya kenalkan ex-housemates final year sy sorang2.hee.

Ni Nurul Shafinaz a.k.a businesswomen :)



Ni Nor Fadhilah a.k.a Najwa Latif. serius sama kalau tengok face to face.haha


Me with Sarah and Shabanun


Badan dah besar macam spek! haha


Maisarah a.k.a angry bird versi manusia :p


Atikah budak nakal dan peminat Big Bang.Rindu nak dengar orang tu dok repeat lagu Blue 240 kali sehari haha
 :P

Shabanun budak paling manja dalam rumah.
 :'D


Ain, my rumet yang cun melecun :)


Ada lagi sorang Fiza tp takde lak gambar dia. Fiza a.k.a Wanita bekerjaya :P

a.k.a tu nama gelaran mereka bila berada di rumah sahaja...tp fafad a.k.a Najwa Latif tu Universal :p

Serius rindu giler kat korang :'(
Thanks so much korang sebab selalu buat rumah kita meriah dan happening.
Wish to see you guys on our convocation day!
Love u all forever~~!!
:)

DO NOT COPY & PASTE THE PHOTOS WITHOUT PERMISSION Copyright of www.life-syariniey.blogspot.com

Nuffnang Ads