Sunday, September 25, 2011

Kali pertama dan kali terakhir aku di RumahTerbuka UniMAP.


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Kembali ktia pada slot Snap Snap Bersama Syariniey Amran :P
Walau ke mana saja aku pergi ( kecuali tempat melepaskanhajat ataupun tempat2 y tak boleh ambik 
gambar ,agak2 la kan nak ambik gambar y tak patut) haruslah ada gambar yang aku akan 'snap'!
 :P

So, untuk entry kali ni aku nak cerita pasal Rumah Terbuka yang dibuat oleh UniMAP. Walaupun aku dah masuk tahun ke 4 di UniMAP inilah kali pertama aku menjejakkan kaki aku ke Rumah Terbuka ni. Kenapa benda ni berlaku? Haaa.itu yang korang dan aku sendiri pun tak taw.hahaha :'D



Pergi rumah terbuka hari raye haruslah pakai baju raya :)

Since aku dah masuk Final Year kat UniMAP ni aku dan rakan-rakan yang tak pernah pergi ke rumah terbuka UniMAP pun decidelah untuk pergi bersama-sama. Mengenangkan ini tahun terakhir kami berada di UniMAP, segala event yang berkaitan Uni haruslah kami join :P hoho. Bila dah nak habis belajar ni barulah aku terhegeh2 nak merasa  sepenuhnya peluang yang ada as a student untuk merasa 'university life' kan. Lepas dah habis nanti, kalau tak sambung Master, takder da la uni life dah.. Life kerja ngn life uni memang banyak bezanya. Nanti kita kupas tajuk ni pada next next next next entry yer ( tah bila la kannn.haha :P )



Kami berlima pergi 1 kereta.. tema Hijau + Turqoise ye kekawan.sorang je sesat warna lain :P 

First time aku pergi umah terbuka UniMAP ni memang best, sumpah tak tipu! Hahaha. Makanan memang banyak, setiap booth ada makanan best, Booth sate je ada 4 kalau tak silap aku, pastu booth kuew teow goreng, kuew teow kerang, yong tau fu, kordial, teh tarik, passembor dan macam2 lagi . Jenuh nak taip sumer kat sini :P haha. Malam tu je lebih kurang 4000 orang yang hadir memeriahkan majlis, dan NC sendiri yang merasmikan majlis ( aku sampai pukul 8 sebelm majlis mula lagi) haha. Punyelah semangat nak makan sate , tu yang Pergi awal-awal, kalau lambat kang memang gigit jari la weh :P


Haaa.ce teka sape ni? :P Mesti dah ramai tahu kan nama budak comel ni Ainan Tasneem

Tengah elok-elok aku kuar dari dewan nak pergi ambik makanan kat booth boleh pulak ternampak artissss comel ni.hehe.Ape lagi, terus cuit2 die untuk bergambar. Ainan memang comel ok, baik pulak tu. :))
Aku minat die since die tengah SPM lagi taw, now die dah jadi junior aku lak Kat UniMAP.wowowww. sungguh teruja oke! haha :D



Muka semua bahagia tak hengat bila dapat ang pow :P

Bila dah last-last baru taw yang die nak bg duit raya.haha. Ape lagi, kami tunggu je la sampai ke akhir majlis ( pukul 11) untuk ambik duit raya. Walaupun tak banyak tapi aku suka ok dapat duit raya camni.Best kot dah besar-besar camni still dapat duit raya, Naib Canselor lak tu yang bagi.hue3 :PP

Papepun, umah terbuka UniMAP memang best  bagi aku, rugi aku tak pergi  yang tahun2 lepas.huk3. Tapi takpelah,at least, ada kenangan aku di Open House UniMAP untuk tahun terakhir aku kat Perlis ni. Tetiba rasa touching lak aku dengan ayat tahun terakhir tuh.huk2.

Sampai di sini dulu entry kali ini, Moga bertemu lagi.

Thanks for reading this entry girls and guys! ;)
buhbyee~~

Friday, September 16, 2011

Fahami kaum hawa melalui perkataan :)





FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.


LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.
PERGILAH!
(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.
MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.
MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.
OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.
‘OKAY LAH’
bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.
BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.

Sumber : Malay Forum

Monday, September 12, 2011

Gambar Tembak Raya ( Photoshoot Raya) :D


Assalamualaikum

Dek kerana kebosanan termelampau dan juga kepeningan kepala mengedit report, aku rasa macam nak hupdate je blog yang dah berhabuk sebab dah lama tak lap lap dengan entry baru :D

Walaupun sepatutnya aku perlu mengulangkaji ( semester 7 dah mula harini) tapi mood untuk mula kan semester masih berada di awang-awangan .huhu. Lekk luuuu broooo :P

So, godek2 ler album bulan 8 untuk gambar, lalu nampak la gambar shoot paksa rela ni. haha. Aku suruh adik aku je snap ni depan rumah aku.hihi.
Boring gak asyik ambik gambo orang je, haku pon nak jugeekkk :P
 So, adik aku la menjadi PhotoG paksa rela ( cam biasa r) hihi.

Gambar gambar ni semua aku dah lama upload dah dalam fb, yang mana ada fb aku tu dah meluat nak tengok kot.haha :D ala..ckit je pon gambar ni. photoshoot 10 minit je pun.huhu. layannnnn~~~


muka aku yang tembam


dan badan pon.haiyyo.


aku suka stail tudung bawal cam gini..hehe


bajet tak pandang kamera :P


pipi..tolong la kurus!!!!


penat dahh.bersandar kat beranda.haha :D


Next shoot job, PESTA KONVO UNIMAP! :))

Friday, August 12, 2011

Photoshoot : Full shoot of Ain

Hai Assalamualaikum

Setelah 4 bulan aku shoot gambar-gambar ni,
baru hari ni aku upload secara full.
hehehe.Sori take time lama sgt, aku mls nak letak watermark sebeno benonya.hehehe :P

Tapi before ni aku penah upload gambar shoot kat Arau Railstation,
tp untuk model y lain :)

So kali ni aku upload untuk full shot untuk my lovely fren, Ain.
She's sooo talented models with nature post 
So, enjoy :P
















Kalau nak tengok gambar shoot before ni kat tmpt ni untuk model Shida,
boleh klik SINI :)

byebye ^_^

Monday, June 20, 2011

Farewell Dinner Party at Koh Samui Restaurant Ipoh~~

Assalamualaikum,

Hai belg, hai readers. 20 hari kita tak jumpe ^_^
Terasa bagaikan sekejap je :p haha.
Sebenarnya busy tu takdelah sangat tapi malas menguasai diri. tambah2 bila tade pic baru nak diupload.,maka perasaan malas makin menebal.huhu.

Ok, hari jumaat lepas , 17 Jun 2011 ada dua orang trainee kat Finisar ni buat farewell party. Both of them dari UUM and from Kos Management IT kalau tak silap saya.teheee~


Dugaan betul update belog time poserr -_-"

Nama dua orng budak comel yang dah 6 bulan praktikal ni June and Yoke Peng. Maka kami semua trainee buat keputusan untuk join farewell diorang nih kat Ipoh. Kami semua 30++. huhu.ramai kan? 20 orang dari Malaysia dan 10orang dari Hindustani  (India ) .hehehe dan majority from engineering courses, ada jugak from business and management :)


Balik jer kerja terus pecut kereta pergi Koh Samui Restaurant. Baju keje pun tak salin.hee


Ok, dah sampai Koh Samui Restaurant. Aku memang suka la restaurant makanan siam nih sebab memang feveret aku la semuanya.haha. Restaurant ni memang pure siam punye masakan dan harganya pun boleh tahan yer.huk3.


Dan antara menu2 yang ditempah :

Kerabu Mangga
Kerabu mangga ni memang sodap sebab mangga die masam2 manis gitu.takder lah masam jer.hee


Nih ikan masak berlada kot. Ikan die besar gilerr. dan memang sedap. Garing-garing, pedas-pedas ( lap air liur tuh, dah meleleh2 , kata cik sya kepada dirinya sendiri :P )


Ni pulak sotong masak stim Perghh.kuah masam2 dan aroma sotong menusuk lobang idongku.  Dengan kuah panas2 lagi.ni pon sedap.hahha.arghh.semua la sedap!! :P


Ni sayur goreng berserta tauhu telur.Sedap sedap sedap!


Ada lagi dua menu takde gambar sebab lapar sangat, terus bedal jer.haha. Ayam masak kicap dan ayam masak kurma kot (xberapa pasti) huhu. tapi yang sure memang sodap gilerrr~~


Last sekali mestilah desert, kalau nak taw desert femes kat Thailand mestilah aiskrim goreng =')
Hehe. yang ni pun superb. Puas hati makan kat sini even mahal.


Jom tengok orang yang nak makan pulak.haha. Kai tempah empat meja dan satu meja besar (maximum 11 persons) die kira RM 250.00

Ni meja memula :P


Ni meja budak2 yang tak makan daging yer :)


Ni separuh dari trainee from India, meja ni semua menu sayur sebab diorang vegetarian ok!
huhu


Ni meja aku and the geng (meja paling besar) dan semua menu lengkap yer (semua pun bedal) huhuhu :p


Mek pahang dan Mek Kelantan 2 orang.hehe


Finisar Girls :P muka tenyummm je semua sebab peyot dah kinyang! hehe


With Yoke Peng


1 Malaysia =')))


Dah malam dah pun.Nak balik. da.byeee :))


Nuffnang Ads