Assalamualaikum
Senyum tidak pernah memburukkan sesuatu keadaan.. =)
Saya sekarang dah berubah sikit.
ala-ala pendiam sikit.sikit je la :p
Sebab saya tahu cakap banyak tak mengundang kebaikan.
Jadi saya lebih senang berdiam diri.
Tak mengapalah orang cakap saya sombong dari orang sakit hati dengan kata-kata yang terluah dari bibir saya yang banyak kekhilafan ini.
At least, dosa saya tak bertambah dengan berdiam diri.
Sedih betul hari ni sebab kan seseorang tu.
Ye,awaklah orangnya.
Saya confim awak tak baca punye belog saya ni
Tapi saya tak kisah, saya tahu blog saya tak best pun,
Blog saya banyak gambar yang saya snap dan gambar saya sendiri je.
Awak bukan minat photography pun, tak pernah pun komen atau bagi semangat untuk saya dalam bidang yang saya minati. Tak pernah memberi semangat dengan rela hati. Biarlah.. minat saya bukan daripada sesiapa pun, saya minat, cukuplah saya je sebagai pembakar semangat diri sendiri, beberapa tahun ni pun, semangat itulah yang saya pupuk untuk diri sendiri. Saya bukan seperti dulu yang putus semangat sebab orang lain.tidak,saya bukan begitu lagi =')

Saya bukan kuat pun, tapi saya selalu motivasikan diri sendiri, buat lah apa yang saya suka walaupun tak da siapa yang sokong sebab hidup saya bukan milik sesiapa, Hidup saya hanyalah milik DIA. Bila bila masa dia boleh tarik, jadi saya cuba menikmati hidup saya ni walau tiada sokongan dari orang yang saya sebenarnya harap die menyokong..tapi tak apa, bertahun2 saya belajar menerima yang saya perlu bagi motivasi untuk diri sendiri, jangan nak harapkan orang lain. Jadi saya dah mampu jadi seperti ini, saya bangga dengan semangat yang saya ada. Syukur kepada ALLAH kerana kuatkan semangat saya =')
Sebenarnya bukan semua ni yang saya nak tulis, tapi tiba2 dah terpesong tulis benda ni pulak, biarlah..ikhlas dari hati.. yang penting saya dah belajar betapa perlunya saya menyokong diri sendiri dan betapa saya tidak perlu mengharapkan sesiapa yang memberikan sesuatu yang tidak pasti.
Yang saya perlu,
adalah keredhaan ALLAH sahaja,
inysALLAH, jika apa yang saya buat diredhai DIA,
Saya yakin bahagia itu milik saya..
jika bukan sekarang, insyALLAH suatu masa nanti
saya ada ALLAH yang selalu memerhati dan mendengar keluh kesah hati saya. Saya tahu saya punyai DIA. Sentiasa..
:)
Ikhlas,
Syariniey.
Maafkan saya jika ada yang terasa.saya tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa tapi saya hanya berkongsi apa yang saya rasa ..