Wednesday, March 21, 2012

Bila bergelar final year student..

Assalamualaikum

Setelah sekian lama saya "bercuti" daripada berblogging, tiba tiba terasa rindu plak nak update blog. Malam ni curi sedikit masa untuk menhupdate blog yang makin bersarang ni.

Bila dah masuk final semester ni, saya begitu sibuk menguruskan segala benda yang perlu diuruskan untuk melancarkan segala persiapan sebelum menghabiskan Degree bulan 6 ni, InsyALLAH :)

Sekarang keutamaan saya adalah menyiapkan thesis yang sangat99 banyak chapternya dan juga rujukannya. Alhamdulillah setakat ni projek saya di dalam lab dah hampir 90% siap, cuma thesis saya baru 10% siap . Sekarang juga sibuk menyediakan resume dan attend ceramah untuk kerjaya yang bakal saya pegang lepas grad nanti. Hopefully Allah mempermudahkan segala urusan saya .

Memang hari-hari saya online tapi saya langsung tak sempat nak jenguk jenguk blog korang. Maafkan sya ye ^^ InsyaAllah lepas siap thesis ni baru boleh tarik nafas lega sedikit dan menjalankan kehidupan seperti biasa.huhu =,="

Terlalu banyak benda penting dan moment  moment best yang terjadi sepanjang bulan Mac ni tapi sayangnya saya tak sempat langsung nak update.huhu. Insyallah ada masa nanti saya akan update slow2.hehe

Nahh 1 gambar untuk tatapan kalian, kot kot dah lupa muka saya :P haha

InsyAllah ada masa saya update story mory sepanjang bulan 3 ni:))



DO NOT COPY & PASTE THE PHOTOS WITHOUT PERMISSION Copyright of www.life-syariniey.blogspot.com

Tuesday, February 21, 2012

Talking about group work

Assalamualaikum

Kadang-kadang, bila ada suatu tugasan/assignment saya lebih suka kerja dalam kumpulan sebabnya buat kerja bersama kumpulan lebih bagus kerana pelbagai jenis pendapat dan juga pandangan yang akan kita kongsi dan possibility untuk salah adalah kurang daripada buat secara individu.

Tapi bila ada seorang ahli kumpulan buat hal, saya rasa sangat la tak best. Ni sama la dalam kes saya sekarang. Every month ada presentation tapi ada ahli buat dek je. yang paling best ketua kumpulan tu yang buat bodoh je. Macam hell seriusly. Lepas tu bila saya remind, dikutuk-kutuknya saya macam-macam. Ok fine...saya rasa dah give up nak teruskan bekerjasama dengan orang macam tu . Ok, lepas ni kira saya akan anggap seorang ahli group dah takda, Ni lagi senang dari berharap pada ketua yang langsung takda tanggungjawab.

Muka tak puas hati.haha.


Saya tak tahu lah dia baca ke tak, kalau dia baca bagus jugak. Saya cakap benda betol. Geram betol kalau ada manusia macam ni. Masa pemilihan jadi ketua bukan main tunjuk bagus, bila dah dilantik jadi ketua, macam haram. Malas. Diam macam tikus.

Ok, jadi ahli group saya dah tinggal 4 orang. saya rasa saya mampu buat tanpa orang macam tu pun. Just ignore the parasit. Dapat elaun tiap tiap bulan tapi kerja tak buat sama jugak macam makan duit haram  atau makan gaji buta. Ingat!

gradient tool edit..2 tahun yang lepas.

Oh yaa..dan lagi,saya pernah mention saya suka edit gambar guna gradient tool. Saya edit macam ni memang daripada idea saya sendiri, Apa-apa yang kita buat semuanya hanya kerana ALLAH..jangan fikir kita hebat macam semuanya daripada kita :)  .Idea-idea yang saya buat adalah daripada ALLAH juga,jadi semua orang pun boleh cuba.InsyALLAH saya akan update cara-cara mengedit kalau ada kelapangan :))

Friday, February 17, 2012

The Fact can never be denied

Assalamualaikum

Siapa pun kita dan walau apa pun yang kita miliki,
kita perlu sentiasa ingat bahawa ianya bukan milik kita,
kita hanya meminjam daripada-NYA

:)



Subhanallah..indahnya ciptaan yang maha ESA

Mood : lebih minat untuk mengambil gambar alam semulajadi.

p/s: oh ya  kawan-kawan..Jangan lupa untuk melawat Page Photography saya di Syariniey Photography ya :)

Tuesday, February 14, 2012

Random story about my current life

Assalamualaikum

Banyak sangat benda berkecamuk dalam kepala otak sampai tak tersusun jadinya
Sebab tu tajuk pun random
ape yang terlintas, saya taip.

Currently saya sedang dalam "study week" untuk topup course = short course after 2 minggu menghabiskan kelas yang sangat pack tanpa cuti sabtu dan ahad.huhu.

Ingatkan study week boleh la berehat tapi silap,
too much thing to be done.
Nak bernafas pun rasa tak lepas
FYP saya tak berapa menujukkan perkembangan yang positif setakat ini, risau sangat :(
Luckily saya ada supervisor yang sangat supportive.Alhamdulillah <3

Result dah pun keluar semalam and my result is improve sikit dari semester lepas.
Bersyukur lagi <3



Watermark kat gambar dah kena letak skrg untuk mengelakkan benda yang sama berulang walaupun leceh nak letak watermark ni.huuu

Hari tu ada orang curi pic saya buat akaun fb, tpi sekarang hal tu dah setel.Mujur.Adik saya yang setelkan semua ni sampai orang tu deactivate fb dia. Memang ada bakat jadi Polis.hehe.Thanks to my bro!

Kalau pic macam ni tak payah letak watermark kot kan.hehe.Lepas ni kena letak pic katun je lah kalau malas nak buat watermark :D

Currently jugak saya sangat taksub dengan langit, Bukan taksub memuja atau apa, cuma saya sangat tertarik untuk ambil gambar langit dan awan. They're just awsome sangat. Tapi tak sempat nak pergi shoot sebab kerja yang melambak.


This one diambil guna handphone + edit kat photoshop.Sudden shoot.

Saya rasa macam perlu rehatkan diri sebelum saya buat semua kerja ni.tension :(
I need a vacation!
seriusly.

Ok,ada masa saya edit lagi ya.bye2

Wednesday, February 8, 2012

Entry untuk Faker yang sangat gedik


 Assalamualaikum

Entry ni ditujukan khas buat faker yang sangat annoying dan kurang ajar 
At first, thanks to my fren sebab inform benda nih

 Hari tu mula mula dapat tengok die guna profile pic yang ni


Then tengok hari ni dia guna gambar saya dan adik pulak.
Kau bajet kau real ke hape?


Ni bukan first time saya ada faker, ni second time
Faker 1st tu takde motif pun,Tak ada la saya nak marah macam ni.

Tpi yang ni sangat keji ye kawan2.Guna nama dan gambar saya untuk menggedik dengan lelaki.
Sudah la menggedik, ada banyak fake profile untuk menipu duit orang dan juga memutuskan hubungan orang lain. [ info dari kawan ]



See? How gediks this pompuan. Tolong la weh. Get a life.

Thanks to Aizul sebab bgtaw blogger syafiq ni yang die ni IMPOSTER.

Sekarang dengan facebook2 faiz pun dia block, before dia block faiz boleh dia menganjing2 saya macam2.
And aku tahu. kawan ko panggil ko mok kan?

Mok, please get a life,guna gambar ko sendiri sebab aku takkan maafkan ko sampai bila-bila pun kalau kau guna gambar dan nama aku untuk buat jahat,melayan lelaki,menipu duit orang,putuskan hubungan orang. Demi Allah aku tak boleh maafkan kau lah syaitonnnn selagi kau tak intak maaf dan guna gambar aku.

So, korang boleh tolong report untuk saya tak this fake profile?

.
.
.
.
.
.
.
my real profile ada 1 je
this is the only



Saya baru je mendelete 300++ frens kat fb.Sorry pada yang tak bersalah.Kalau nak add saya lepas ni please pm first. Kalau tak saya takkan approve dah. Sorry.

Kalau benda ni tak setel jugak saya akan report pada polis sebab MOK NI BAHAYA.

Nuffnang Ads