Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dulu sendiri kini berteman. Yang halal ternyata lebih indah. Lebih tenang. Lebih gembira dan lebih menyayangi :)
Hai sahabat bloggers dan readers.
After long silence...here the update!
Nak cite pasal majlis akad nikah saya yang dah selamat berlangsung 3 bulan lepas.hoho.
Sorry for the delayy.
Memang teringin nak update cepat2 tapi gambar2 semua sy baru dapat.
Alhamdulillah syukur pada Allah kerana dengan rahmat dan kurnianya saya diberi rezeki untuk berkahwin pada usia 25 tahun 7 bulan!
Dulu2 pernah target, paling lambat pun umur 26 saya nak kahwin. Alhamdulillah Allah perkenankan doa saya :)
Jodoh pilihan hati sendiri, Mohamad Faiz Mohd Ismail sah bergelar suami kepada saya dengan sekali lafaz di Masjid Beijing, Rantau Panjang Kelantan pada jam 9.00 pagi 31 Mei 2014.
Syukur tak terhingga kerana apa yang telah lama dirancang menjadi kenyataan.
*Maafkan sy kalau skema sgt sebab dah lama update blog rasa macam bersopan sgt la pulak bahasa :P *
Tema akad nikah putih cream. Actually masa rancang warna purple belacan, tapi tak de rezeki pulak nak pakai color tu, Tapi warna putih cream pun best.Nampak suci je :P
Masa ni dah siap akad nikah. Gambar time salam tok kadi tak ada sebab nya photgrapher datang lambat..Alasaanya lambat bangun tidur..Sabar je lah masa tahu benda ni. Saya yang tengah nervous pulak kena kejutkan photographer. Menyesal pun ada kenapa la ditakdirkan jumpe photog camni...datang lambat sampai gambar salam tok kadi tak ada, bagi gambar pun lambat..sampai 3 bulan baru dapat..Menyesal sangat99..Memang spoil mood.... tapi bila fikir balik sabar saje lah :(
Air muka dengan perasaan yang beracmpur aduk tapi bersyukr sgt dah sahhh..!! time ni dah siap akad nikah sekali lafaz. Muka encik suami pun dah tenang .Alhamdulillah :)
Sesi bacaan taklik suami depan tok imam. Sedih dengar. Insyallah jodoh kita panjang sayang.. Insyallah sampai ke mati..
Dah selesai bacaan taklik masa untuk sign borang akad nikah.
Encik suami buat solat sunat lepas kahwin. Solat sunat syukur.
Masa untuk batalkan air sembahyang. Sebentuk cincin perak untuk suami.
Dan seutas rantai tangan untuk isteri :)
Masa akad nikah ni, Persiapan untuk diri sendiri sy buat sendiri je dari pakai baju,pakai tudung sampai lah ke mekap. Saya akad nikah awal pagi jadi mak andam tak datang lagi. Lagipun memang teringin nak mekap sendiri untuk hari kahwin. Simple mekap tanpa cukur kening dan bulu mata palsu. :)
Diet punya lah lama sebelum kahwin, tapi nilah diri saya dari dulu lagi, tetap tembam macam biasa.hoho.
I love my own make up!
Simple and natural~
Berbaloi berguru ngn youtube.ngeee~
haha
Insyallah next update nak story pasal majlis bersanding sebelah perempuan pulak.
Ni pelamin untuk bersanding.
Dah macam taman bunga dalam rumah.
Harga sangat lah berbaloi bridal ni dengan servis yang memang tip top.
Tak rasa bersalah kalau nak rekemen!
:)
Stay tune~ :D
DO NOT COPY & PASTE THE PHOTOS WITHOUT PERMISSION Copyright of www.life-syariniey.blogspot.com












2 comments:
sy baca blog awak dr dlu.. nampak awk kurus woo...
tahniah!
nnt update lagi eh...
cantek !!! tahniah !
Post a Comment